SSB DAB MBP PERKASA INISIATIF LESTARI INDUSTRI LADA DI SARAWAK

KUCHING, 28 April —Syarikat pengeluaran produk hiliran tempatan Saraspice Sdn.Bhd S-S-B mengukuhkan komitmennya dalam memajukan industri lada negara menerusi kerjasama strategik bersama Lembaga Lada Malaysia MBP dan rakan pembeli dari Jepun.
Ahli Parlimen Sri Aman Dato’ Sri Doris Sophia Brodi berkata di bawah inisiatif ini, SSB akan bekerjasama dengan MBP untuk memantau dan menjejak ladang-ladang lada di Sarawak.
Beliau yang juga Pengerusi S-S-B menjelaskan, para pekebun akan dibimbing supaya menguruskan ladang mereka mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pembeli antarabangsa.
Ia bertujuan memastikan amalan pertanian mampan dapat dilaksanakan secara konsisten di peringkat ladang.
Sementara itu , beliau memaklumkan SSB dan Jepun sebagai rakan dagangan turut memberikan jaminan terhadap permintaan berterusan bagi hasil lada yang diusahakan oleh petani tempatan, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan dari ladang ke pasaran global.
Inisiatif ini selari dengan perkembangan industri lada global yang kini menekankan aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus ESG.
Justeru, industri lada tempatan perlu bertransformasi bagi memenuhi keperluan pasaran antarabangsa dan mengelakkan daripada tersisih dalam persaingan global.
Dalam majlis pelancaran tersebut, SaraSpice turut memperkenalkan produk baharu termasuk pembungkusan premium 200 gram lada putih dan hitam serta perasa lada bawang putih, sebagai langkah memperluaskan penawaran produknya kepada pengguna global.
Source: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1115169357298148&id=100064152814669&rdid=HvSqGcXALLiOWvPs#
saraspice_admin
No Comments

Post a Comment

Comment
Name
Email
Website

Translate »
error: Content is protected !!